About Me

My photo
Nurul Amirah Binti Rosli. Major in Economy. Future Economist.

Thursday, March 28, 2013

STOP!!

Salam :)
entry macam apa semua macam tertanya-tanya.
Saje bosan-bosan ni so mencari ilham yang entah tertiba nak datang.
Terpikir tentang ragam manusia dan ragam SENDIRI.
Kadang-kadang kita suka cakap pasal orang tapi kita tak fikir orang pun cakap pasal kita sebenarnya.
So bila kita cakap pasal orang rasa mcm xpe,tapi bila orang cakap pasal kita mulalah nak melenting macam apa kan.
So bila i fikir-fikir kalau kita tak cakap pasal orang pun orang cakap pasal kita.
Nak melenting pun tak guna kita bukan ada hak nak tutup mula orang ni.
For me la i sendiri bercakap pasal orang biasalah manusia kan tengok orang lain buruk ke elok ke baik ke jahat ke confirm kita akan bercakap "eh untung dia kaya nak apa semua dapat" "eh apa la dia tu ada bf tapi dok mengatal dengan jantan lain" "eh apa la bodoh betul park mcm tu kesian org lain nak parking" so benda benda ni for me biasa semua orang macam ni. Ada ke jenis xberckp psl org? Kalau ada pun 1 dalam sejuta maybe. But i xpaham sesetengah orang yang jenis cepat terasa bagai then nak emo bagai what the heck. Then mulala balas membalas bak peluru berpandu. Bagi i waktu tu actually setan tengah menghasut kita bercakap psl org then org lain pulak dihasut oleh setan supaya terasa and melakukan serangan bals. mulalah pergaduhan yang nyta abadi. Benda ni boleh membuat kita putus tali persaudaraan antara islam. So STOP BERCAKAP STOP TERASA. SEMUA SERIOUSLY BHAHAGIA :) SALAM :)


Sunday, March 17, 2013

Single mother

Salam :)
Today nak share something hihihi. I ada anak baru, adopted dari maklong hihi.
Say hello to ABID THE BLUE EYES :)
Saya ibu tunggal sekarang hihi

Thursday, March 14, 2013

Sunday, March 10, 2013

Doa perlindung



Soal maruah merupakan satu perkara yang amat sensitif dan perlu dititikberatkan bagi golongan wanita. 

Justeru saya ingin kongsikan satu doa yang diajarkan oleh guru saya khas untuk mak saya, nenek, adik2 perempuan, kakak saya, kawan2 perempuan saya, bakal isteri saya dan semua kaum Hawa. 

Doa ini adalah doa sahih yang dibaca oleh Sarah, isteri Nabi Ibrahim yang menyebabkan para lelaki yang zalim termasuk rajanya sendiri melarikan diri.

Asalnya raja tersebut ingin merogol wanita tersebut (Sarah kalau tak silap), kemudian setelah wanita itu membaca doa ini raja tersebut rasa menggigil dan akhirnya tak jadi nak menganiayanya dan beredar dari situ. Kisah yang panjang dan menarik, diringkaskan.

Saya harap doa ini dapat diamalkan agar kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini dan sentiasa berada dalam rahmat & pelihara Allah. :)


Tuesday, March 5, 2013

Solat Dhuha


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).  (Surah Ali `Imran: 110)




Salam :)
Entry hari ni tentang solat dhuha. Tak ramai yang jadikan solat sunat dhuha sebagai amalan harian.
I selalu jugak buat sebab my mum cakap solat dhuha ni banyak kebaikan dia. Salah satunya rezeki murah.
Selalunya lepas solat dhuha kalau sempat i akan bc surah waqiah kira pelengkap la. surah waqiah merupakan surah untuk bagi kita murah rezeki. Solat dhuha hanya boleh dilakukan selepas subuh atau imsak dan sebelum zohor. solat dhuha banyak kebaikan dia so i nak share sikit semoga you all semua jadikan amalan. :)


Kelebihan Sembahyang Dhuha
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).



Friday, March 1, 2013

Gift from HER

YEAHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!

I GOT THIS ONE FROM MY BESTFRIEND SINCE WE AT SECONDARY SCHOOL


It will make me miss her so much since we're not same campus. she was at shah alam and i  at merbok. Gonna miss her so much. Just can see her when mid term or sem break hurmmmm tq love :) will wear it 247 :)

heyyyy she is my girlfriend best ever friend :)



aha miss her already :(

hey its me :) tembam right? okay bye