About Me

My photo
Nurul Amirah Binti Rosli. Major in Economy. Future Economist.

Thursday, June 30, 2011

sudah mahu pokai

memang bajet okay entry nak bagitaw semua orang
hahahaha
memang dah nak pokai mana tak nya kalau dalam seminggu 3kali aku makan kfc
xmacam atuk kfc tu kaya pulak kan dapat customer macam aku ni
makan je
kejap ayam kejap buger
sampai aku takut nak timbang berat badan
sudah makin gemok rasenya
tapi seluar aku macam still longgar
okay aku dah kenapa -.-!
nak bajet aku kurus lah
hahahaha
agak-agak bila lah ayah nak masuh duit ni ye
hikhikhik

perut asyik meragam!

okay dah xtahan nak lalui hari-hari yang macam ni
menyakitkan
entah dimana silap aku
makan rasenya dah cukup waktu
apekehalnya ni!
ok keracunan rupanya
sabar mia.!

prepaid to postpaid. thnx ayah

memang nak bangge bukan menunjuk sekadar riak berlaka
aku secara rasmi telah memulakan hidup baru selepas meluahkan segalanya
kepada ummi dan ayah yang sentiasa berada di samping ku
sentiasa menjadi semangat ku untuk aku terus kuat dan kuat
menjadi wanita yang tabah
walaupun hati semakin derita
walaupun payah aku mengusir kenangan lalu
walalupun sakit aku tetap perlu berusaha melupakan demi ummi dan ayah
terima kasih ummi terima kasih ayah untuk hidup yang baru
terima kasih belikan number fon baru postpaid lagitu
memang tunggu la bill bulan ni pasti xbanyak
ummi ayah nurul akan terus berusaha lupakan dirinya
ye betul kata ummi lelaki tidak semua baik tidak semua jahat
betul kata ayah anak ayah ni cantik ramai orang nak
betul kata mereka aku masih muda untuk berada dalam kehidupan cinta
kecewa aku akan ajar segalanya
kecewa aku aku ajar aku mencari yang lebih elok
kecewa aku sedarkan kebodohan aku menerima kali kedua
kecewa aku membuatkan aku hanyalah perempuan biasa

kusut

setiap hari makin kusut
kusut dan kusut
aku semakin tekanan dengan semua yang aku harus jalani seharian
entah mengapa aku rasa payah perit dan derita
tapi aku harus laluinya
entah kenapa bila di tahun akhir aku makin tiada masa untuk bergembira
hari-hari ku penuh dengan kerja-kerja yang semakin bertambah
dan lambat mengurang
entah ape nasib kerja english direject mentah-mentah untuk kali kedua
entah aku masih mampu untuk bertahan
kepala makin berdenyut setiap hari
entah berapa banyak panadol aku harus telan
kadang-kadang aku seperti ingin tidur untuk sekian lama
lari dari semua masalah yang datang menimpa tapi apekan daya ku
semua menyesak kan kepala
kusut perit derita sudah jadi makanan ku

Wednesday, June 29, 2011

hadiah hari jadi!

walaupun sudah genap sebulan hari lahir ku berlalu
aku fikirkan hanya teman lama saje yang sudi memberi kepada ku
tapi tidak ku sangka dia teman wanita ku yang degil lagi ego
yang berjanji dan sering terpula
dengan senyumpenuh makna berjalan di sebelah ku sebelum kami
melangkah ke kelas law yang penuh ketegangan
dia menghulurkan sekotak kecil hadiah
dan juga gula-gula berbentuk hati
sweet lah kau cik FARAH WAHIDA!
auw sayang pulak aku nak makan taw.
kau taw sampai-sampai bilik aku xbukak pun hadiah kau
bukan xsudi tapi sayang sebab aku terharu sgt
kau orang kedua bagi aku adiah
orang yang rapat dengan aku
yang suka membebel ego dan mengambil berat tentang ku walaupun dalam diam
yang selalu sibuk dengan teman lelaki dunia akhirat kau
kau tetap ada mase nak text aku
ok xnak puji kau lebih-lebih
apa-apa pun terima kasih hatiku!
xnak makan gula-gula hati yang kau bagi sebab comel sgt
mcm hati aku. heeeeee
ok xboleh upload gambar hadiah kau aku akan upload nanti supaya kau xda nak tacing-tacing
dengan aku makcik!

Saturday, June 25, 2011

menghantui

selepas lima hari aku berada di dalam kayangan yang tersergam indah
bersama keluarga
akhirnya pada hari ini hari ahad bersamaan 26 jun 2011 aku terpakse pulang ke lembah derita
dengan perasaan dan hati yang berat
sejak dari semalam aku rsah gelisah takut semua perasaan menghantui apabila dia masih menghubungi aku
aku menjadi takut setiap kali menerima panggilan darinya
aku semakin takut dan takut untuk pulang pada hari ni
aku takut semakin terluka
aku takut tidak mampu bertahan
aku takut aku lemah selemahnya
dan aku takut aku tidak bisa berpura bahagia gelak ketawa senyum mesra depan insan-insan
yang amat menyayangi ku
entah kenapa aku rase kan tiada lagi semangat untuk aku meneruskan pegajian ini
aku rasa aku tidak mampu untuk memberikan yang terbaik untuk ibu bapa ku
dan aku juga teramat takut dengan kelukaan walaupun aku setiap hari mencari kebahagian yang
akan kekal dengan ku
adakah aku mampu bertahan untuk satu semester sahaja lagi?
mampu kah aku menghadapi sekali lagi
ape yang aku mampu memohon padamu Ya Allah kau kuatkan aku
dan jangan sesekali aku nampak manusia itu.
aku telah memaafkan dia tapi cukup lah derita ku sampai sini,
kau hilangkan dia dan wanitaitu dari pandangan ku
kalau aku bole terus berlari dan berlari sembunyi di tempat tanpa bisa insan itu jejaki aku pasti akan
buat tapi aku xbisa
bantu aku ya Allah...
dugaan yang amat berat
takdir yang aku pahituntuk telan
dan kalau aku tahu dari dulu takdir yang kau tentukan ini pada mulanya bahagia dan akhirnya amat derita
akan ku mohon padamu untuk mengubah takdirmu
tapi aku tidak mampu kerana semua telah terjadi
dan bermula la episod hidup ku tidur ku yang sentiasa dihantui dengan kepedihan
ingin sekali aku pulang setiap minggu berada dalam pelukan ibu ku untuk lupakan dirinya

twitter? ada lah gila!

semua teman teman mula bertanya
kau taw apa itu twitter?
yang bole twit twit 2
aku kesah ape
mereka mula menyoal 
kasi tahu kitaorg nak stalk kau celah mana
facebook kau delete
myspace kau delete
blog kau active
kitaorng bukan kaki membaca apetah lagi baca kisah ngarut kau
tapi kitaorang gemar amik tahu hidup kau
maki kau
sedeh kau
tawa kau
boyfriend baru kau
xpon skandal kau
hahahahah
ape korang ingat aku ni artis ke?
eh kate mereka aku model
ya model yang poyos adalah
haaahahhaha
dan sekali lagi mia kau ada twitter x gila?!
hoi kawan2 teman2 rakan2 yang jauh lebih gila
aku dah lama buat akaun twitter just jarang update sajo,
nak aku actve men twittr?
kasi blackberry satu setiap saat walaupun dijamban akan aku kabarkan!
aku rase kawan2 aku yang kuno xreti mengambil tahu tentng kewujudan twitter aku
ceh! leteh dan leteh mempunyai rakan seperti mereka. :)

terduduk

semua datang serentak
otak makin semak
semakin bertimpa-timpa
satu kesilapan
aku pulang
disana aku merana
disini aku derita
entah mahu lari kemana
entah mahu cari siapa
entah dimana aku meluah
entah kepada siapa aku percaya
jiwa resah
gelisah
hati ku kosong
hampa
kesepian
air mata jatuh dan jatuh
mengalir perlahan
senyum
tawa
penuh kepalsuan
tidak kerana dia
kerana keluarga
kerana segalanya
rumah
dunia segalanya
seperti hendak dimulakan sekali lagi
andai aku diberi peluang
ingin mati dan hidup kembali
tanpa sesiapa mengenali
cinta, ibu bapa, keluarga sentiasa menghantui
entah bila semua akan berakhir
diri lemah sakit terluka
apetah lagi derita melihat ibu menanggung derita
melihat ayah mengalir air mata
sakit seperti menikam dada
walau kadang kala aku rasa cinta hilang perit dia sgt terasa
tetapi penderitaan ibu ayah membuat ku hilang punca
ingin lari entah kemana
seperti mahu ghaib dari hidup insan yang memberi derita
tapi aku tidak mampu
semua telah tertulis untuk ku dan keluarga ku
ya Allah padamu aku bersujud padamu aku
memohon pertolongan
diriku kosong aku jatuh terduduk
memikirkan jalan penyelesaian

Friday, June 24, 2011

luka disini

dulu pernah ada cinta
dulu pernah ada sayang
namun kini tiada lagi
perasaan seperti dulu
kini tiada lagi kisah
cinta ku telah musnah sudah
hancur hatiku
telah kau sakiti hati ku
biarkan ku pergi
jangan kau tanyakan lagi
ku yakin ini yang terbaik
untuk dirimu dan diriku
biarkan berlalu
rasa cinta ini di hati
ku tak bisa untuk menahan
aku luka disini

Saturday, June 18, 2011

semakin hari semakin payah

menghintung hari
setiap hari pasti akan ku kira dan kira
untuk apa?
untuk menghilangkan sesak di dada
xmampu rasanya aku boleh teruskan semua ini
hampir setiap hari aku rasa beban yang aku tanggung makin berat
berat dalam segalanya
tapi kata ummi
kata ayah ini dugaan dan cabaran yang aku kena tempuh untuk berjaya dalam hidup
walaupun perit macam-macam dugaan yang datang tapi aku tetap kene kuat
kuat untuk menghabiskan diploma aku yang tinggal lagi dua sem sahaja
dan aku pun telah berada di tahun akhir
tapi subject yang aku ambil pada semester ini betul-betul menguji keimanan aku
kesemua nya bagaikan satu bala kerana tidak ku sangka sesusah ni
setiap hari ada sahaja tugasan yang aku dapat dan semuanya menyesak jiwa dan kepala
otak aku terpakse ku perah setiap hari untuk memahami kesemua subject
walaupun kadang-kadang aku menyerah
aku meniru copy dan paste bak kata orangputih gitu
tapi aku terpakse
terpakse untuk meneylamatkan diri dari di denda
dan aku terpakse belajar semula sendirian memahami
tentang costing
tentang akaun
tentang law
tentang tax
tentang critical thinking
tentang marketing
semuanya perlukan otak untuk memikirkan jalan penyelesaian
walaupun kadang-kadang aku letih
badan ku lemah
penyakit datang tanpa diundang
tapi aku terpakse juga meneruskan semua ini
kalau di izinkan kalau tiada tentangan oleh ummi dan ayah
tidak akan ku sambung ke peringkat ijazah
tapi aku tahu hanya dalam mimpi
ummi dan ayah akan tetap memakse
supaya aku tidak membebel tentang pekerjaan yang aku dapat xsetinggi mana hanya dgn diploma
tapi rezeki dimana-mana
belum tentu yang berkelulusan ijazah boleh mendapatkan kerja dengan mudah
mudah-mudahhan Allah permudahkan segala urusan aku..
semoga aku berjaya menghabiskan semua ini walaupun semakin hari semakin payah

Thursday, June 2, 2011

bila kaki melangakh ke tahun akhir, hati ku mula

mula rase macam nak mati,
memikirkan makin susah subject yang bakal aku ambil
walaupun baru semester5 aku tetap dapat rasekan
semakin banyak lagi usaha yang aku kene lakukan untuk mendapat
anugerah dekan untuk sekali dalam 6semester ini
semester 5 yang mengundang kesabaran aku
yang penuh dengan subject yang bakal membunuh aku
dan pensyarah yang bakal membuat aku resah hati gundah dan gelana
mana tidak nya dapat pensyarah yang buat ramai orang repeat
tapi aku terpakse juga menempuh
nak tuka kelas lain memang jadual tidak mengizinkan
dan terpakse aku berdepan dengan pensyarah ini
tapi aku akan tetap beruasaha untuk kekal kan gred aku dan
teruskan dapat 3.00 keatas lagi.
dan insyaAllah aku akan dapatkan anugerah DEKAN
supaya ummi dan ayah semakin gembira